03 February 2011

Pendaftaran Ting. 1 Sesi 2011/1432H


Alhamdulillah… pada 3,4 dan 5 Januari yang lepas, SMU Pekan Kunak Sabah telah menerima kehadiran pelajar baru Ting. 1 bagi sesi 2011. Sepertimana yang telah dimaklumkan, jumlah pelajar yang telah mendaftar sehingga pada hari terakhir pendaftaran (5 Januari) ialah seramai 45 orang. Sebahagian besar pelajar yang mendaftar pada tahun ini adalah daripada kawasan Pantai Timur Sabah iaitu meliputi daerah Kunak, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan Kinabatangan. Manakala hanya seorang sahaja pelajar yang berasal dari Pantai Barat Sabah iaitu daripada Kota Kinabalu.
Pemilihan atau prasayarat bagi first intake pada tahun ini ialah para pelajar sekurang-kurangnya mendapat Mumtaz, Jayyid Jiddan ataupun Jayyid dalam peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) bagi melayakkan mereka untuk memasuki Sekolah Menengah Ugama Negeri (SMU) dibawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Dan sepertimana yang diketahui umum, SMUI Kunak adalah merupakan satu-satunya sekolah agama dibawah kelolaan JHEAINS yang terletak di Pantai Timur Sabah.
Penulis sempat bertanya kepada salah seorang bapa yang mengiringi anaknya  ketika sesi pendaftaran dijalankan mengenai “Mengapa memilih sekolah agama??” Beliau menjawab “ bukan apa ustaz, kalau kita tengok sekarang ni, anak-anak remaja tidak macam dulu lagi. Banyak telah rosak akhlak mahupun nilai dalam diri dan malunya sudah tiada, jadi sekurang-kurangnya kalo budak-budak ni sekolah agama tau jugalah serba sedikit agama. Kalau nakal sekalipun, solatnya tidak juga pernah tinggal.” Penulis berpendapat ada benarnya apa yang diluahkan oleh ‘bapa’ tersebut.
Berikut adalah sebahagian reaksi ketika proses pendaftaran pelajar baru berjalan bertempat di Pusat Sumber SMUI Kunak.

Sekitar sesi pendaftaran pelajar baru sesi 2011

Pelajar baru bersama ibu bapa masing-masing sedang menunggu giliran

Senyum memang sedekah-penyambut tetamu sesi pendaftaran
Guru-guru sibuk mengurus kemasukan pelajar baru

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jumlah pengunjung