Perutusan Pengetua


Allhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya Laman Portal rasmi Sekolah dapat disempurnakan. Selawat dan salam ditujukan kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW.
Adalah menjadi hasrat sekolah untuk mencapai tahap gemilang dan berkesan. Selaras dengan hasrat tersebut pihak sekolah telah berusaha menyediakan laman web sekolah untuk sesiapa sahaja mengekses laman web sekolah ini, baik untuk mendapatakn informasi, mahupun untuk beintenteraktif sesama sendiri.
Laman web ini bertujuan untuk memberi maklumat yang jelas dan terperinci serta terkini tentang latar belakang SMU Pekan Kunak serta dapat menambahkan pengetahuan dan maklumat kepada semua mengenai falsafah, matlamat, objektif, misi visi, dan perkembangan terkini SMU Pekan Kunak.
Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya saff muaddib SMU Kunak yang menyumbangkan bahan dan idea, seterusnya membantu pembinaan laman portal ini. Semoga segala ikhtiar dan usaha yang akan kita semua laksanakan diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Sekian Wasslam w..
Salam Hormat
Ustaz Bambang Muhd Rafadi Yusoff.
Pengetua SMU Kunak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jumlah pengunjung