Sejarah Sekolah

LATAR BELAKANG SEKOLAH


     Sekolah Menengah Ugama (SMU) Pekan Kunak  merupakan sebuah sekolah menengah ugama di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). SMU Kunak telah ditubuhkan pada 15 Februari 1997 dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Panglima Sakaran Bin Dandai pada 12 Januari 1999.

Papan Tanda Perasmian Sekolah

Sekolah ini berkeluasan 3 hektar (7 ekar). Terdapat 7 buah bangunan kesemuanya iaitu bangunan akademik, makmal sains, surau, kantin, flat guru, asrama putera dan asrama puteri. Bangunan ini dibangunkan secara berperingkat-peringkat.

Pada 12 Mac 1998, surau dibina untuk kemudahan pelajar menunaikan solat. Seterusnya, makmal sains telah dibina pada November 2006. Tujuan makmal sains ini dibina adalah untuk memudahkan pelajar membuat sebarang kajian berkaitan mata pelajaran Sains.  Pembaikan bangunan surau telah dilakukan pada tahun 2010. Surau yang pada asalnya dibina dengan bahan berasaskan kayu telah diganti menjadi bangunan konkrit bagi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai.

Pada awal penubuhan, seramai 34 orang pelajar, tujuh orang kakitangan mengajar (termasuk pengetua), seorang kerani, seorang pembantu AM (tukang kebun) dan dua orang pengawal keselamatan sebagai warga pertama sekolah ini.

Setelah 14 tahun berlalu, banyak perkembangan dan kejayaan telah dicapai samaada di bidang kurikulum mahupan ko-kurikulum. Bilangan pelajar telah bertambah menjadi 221 orang pelajar, 13 orang kakitangan mengajar (termasuk pengetua),  seorang kerani, dua orang tukang kebun dan empat orang pegawai keselamatan.

Smu Kunak kini 2011
 Pada tahun 2012, SMU Kunak akan mewujudkan pusat peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) buat pertama kalinya. Dengan itu, lengkaplah pendidikan menengah di sekolah ini bermula  dari Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Menengah Ugama (SMU), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).


*untuk gambar-gambar terbaru smu kunak anda boleh rujuk (Galeri Sekolah )



Galeri Perasmian SMUI Kunak oleh TYT Sabah - 1999



Senarai Pengetua SMU Pekan Kunak


1. Ustaz Hamdani omar ( 1997-2000)


2. ustaz bambang muhd rafadi yusoff ( 2001- kini )




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jumlah pengunjung