23 March 2011

TAHNIAH!! Kontinjen SMU Kunak!!

Kontinjen Aspura
Pada 6-9 Mac yang lalu, JHEAINS telah mengadakan Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama (MSSMA ‘11) JHEAINS Kali Ke-7 Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di SMU Papar yang terletak di Pantai Manis Papar, Sabah. Sehubungan dengan itu, SMU Kunak telah mengantar seramai 40 peserta (21 Aspura dan 19 Aspuri) diiringi 4 orang guru pengiring. Dengan tema “Fzikal Cergas Minda Cergas”, kejohanan sukan yang berkampung di SMU Papar pada tahun ini menghimpunkan 5 buah sekolah SMU JHEAINS iaitu SMU Kunak, SMU Papar, SMU Toh Puan Hajah Rahmah, SMU Tambunan dan SMU Beufort.

Kontinjen Aspuri
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tingi penghargaan kepada Ketua Pengurus kontinjen sekolah iaitu Cikgu Nazlee Akhlee dan atlit-atlit aspura aspuri diatas kesungguhan dalam menyahut cabaran kejohanan sukan pada tahun ini. SMU Kunak pada tahun ini telah meraih 4 pingat Emas, 13 pingat Perak dan 9 pingat Gangsa, dan merupakan pencapaian tertinggi berbanding tahun yang sebelumnya. Walaupun sekadar meraih tempat ke-4 secara keseluruhannya, pihak sekolah tetap berbangga dengan pencapaian atlit SMU Kunak yang telah menunjukkan akhlak yang baik sehingga telah dianugerahkan ‘atlit Islamic’ oleh al-fadhil Ustaz Hamdani Omar (Pengarah MSSSUNS ’11 merangkap Pengetua SMU Papar) pada majlis penyampaian hadiah dan penutupan.
Pasukan Bola Tampar Lelaki A -Smu Kunak vs Smu Tambunan

Lontar Peluru Lelaki A sekadar meraih pingat perak.

Johan keseluruhan pada tahun ini diraih oelh SMU Papar diikuti oleh SMU Toh Puan Hajah Rahmah, dan SMU Tambunan. Manakala SMU Beufort sekadar meraih tempat ke-5. Sukan yang dipertandingkan pada kejohanan ini pada keseluruhannya sebanyak 58 acara anataranya ialah sukan dalam acara balapan, bola sepak, futsal, bola tampar, bola jaring, badminton, pingpong. Diharap kejohanan ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan warga SMU JHEAINS dalam rangka melahirkan pelajar yang Taqwanya didahulukan, ilmunya diutamakan dan riadhahnya tidak disisihkan.

Koleksi Gambar Kejohanan Sukan Klik (Galeri Kejohanan Sukan)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jumlah pengunjung