26 February 2011

Atlit SMU Kunak giat menjalani latihan intensif



SMU KUNAK – Sukan Peringkat Negeri Sekolah-Sekolah JHEAINS yang akan diadakan di SMU Pekan PAPAR, Sabah pada 6-9 mac 2011 mendorong atlit-atlit putera dan puteri SMU Kunak giat menjalani latihan intensif yang dikelola oleh Cikgu Nazlee Akhlee dan Cikgu Suzianah Bakri. Pihak pentadbiran sekolah mendoakan atlit SMU Kunak yang bakal berentap nanti akan membawa pulang pingat kemenangan. Apa yang penting pada kejohanan yang akan berlangsung ini, pihak sekolah berharap para pelajar yang mewakili sekolah dapat menimba sebanyak mungkin pengalaman yang tidak akan diperolehi di dalam kelas, serta dapat mengeratkan ‘ukhwah islamiyyah’ dikalangan warga SMU di Negeri Sabah. Mudah-mudahan perumpaan “العقل السليم في الجسم السليم” mampu  dijelmakan dalam diri pelajar untuk meraih kecemerlangan dunia dan akhirat, insyaAllah…


Putera SMU - tidak kira panas terik..


Add caption



Puteri SMU - giat menjalani latihan intensif


AJK giat menyiapkan trek perlumbaan demi keselesaan para atlit  - syabas!

20 February 2011

SMU Pekan Kunak Johan Pertandingan Sepanduk & Kompang Sempena Maulid Rasulullah SAW Peringkat Daerah Kunak 2011


           Pada 15 Februari yang lalu, bersempena Sambutan Maulid Rasulullah SAW, Majlis Daerah Kunak dengan kerjasama JHEAINS telah mengadakan Sambutan Maulidurrasul peringkat Daerah Kunak. Diantara pengisian pada majlis tersebut ialah Pertandingan Sepanduk dan Pertandingan Nasyid, Marhaban dan Kompang.

            SMU Kunak telah menjadi menjadi johan pertandingan sepanduk bagi kategori Sekolah Menengah untuk kali yang ke-10 sejak SMU Kunak mula menyertai pertandingan ini pada tahun 2000. Pihak Sekolah merakamkan ucapan tahniah khususnya kepada al-Fadhil Ustaz Salim di atas kesungguhan menyelia program ini dan buat para pelajar yang terlibat di dalam pertandingan ini.

Kontinjen SMU Kunak mengambil tempat

Penuh bersemangat

Design Sepanduk SMU yang menjadi Johan Kategori Sekolah Menengah

Telah menjadi tradisi berarak + berkompang + berselawat...

Hujan Panas tetap diharungi...

senyuman kemenangan...

            Manakala bagi pertandingan kompang pula, SMU Kunak telah menghantar 2 kumpulan pada kali ini, iaitu kumpulan al-Mujahidin dan kumpulan al-Faruq.  Namun Johan telah dirangkul oleh Kumpulan Al-Faruq buat kali ke-3 berturut-turut dan akan mewakili daerah Kunak ke peringkat Bahagian Lahad Datu pada bulan Mac. Manakala Kump. Al-Mujahidin di tempat ke-4. Pihak sekolah merakamkan sekalung penghargaan di atas kesungguhan para pelajar yang telah terlibat dalam pertandingan tersebut.


Keceriaan terpancar sejurus diumumkan johan pertandingan kompang peringkat daerah kunak


Kumpulan Al-Faruq sedang membuat persembahan


Aksi kumpulan Al-Mujahidin, walaupun hanya sekadar meraih tempat ke-4 namun semangat  tidak pernah luntur

Ketua Kumpulan Al-Faruq -Hisyam- bersama trofi kemenangan- Tahniah!!


tidak sabar menunggu keputusan pertandingan
Ahli Kumpulan Al-Mujahidin
Ahli Kumpulan Al-Faruq

Walau mata mengantuk tetap setia untuk memeberikan sokongan kepada wakil SMU Kunak




Behind the Scene - orang kuat disebalik kejayaan kumpulan kompang SMU Pekan Kunak (Baju hitam- Abang Long & berkopiah - Firman & Cikgu Nazlee - tiada dalam gambar )





15 February 2011

Selamat Menyambut Maulid Rasulullah SAW buat semua warga SMU Kunak.

       12 Rabiul Awal adalah merupakan tarikh keramat yang seharusnya sebagai umat Islam mengetahui apakah yang telah berlaku pada hari tersebut. pada hari tersebut adalah merupakan tarikh kelahiran insan agung yang telah membawa ‘nur’ dari Timur ke Barat sehinggalah pada hari ini.  



Insan agung ini ialah baginda Nabi Muhammad SAW. Pada tahun ini 12 Rabiul Awal jatuh pada hari Selasa bersamaan 15 Februari 2011, dan bersempena menyambut kelahiran Baginda, Malaysia mengumumkan sebagai  hari cuti. Jika kita telusuri detik-detik kelahiran Nabi kita Muhammad SAW di dalam suasana masyarakat Arab pada ketika itu hidup dalam keadaan Jahiliyyah dan sangat jauh jauh dari rahmat Allah SWT.

Kehidupan Baginda sejak dari kecil lagi memberikan gambaran bahawasanya Rasulullah SAW tidak lahir dalam keadaan yang senang lenang. Dengan kematian Ibu dan bapa Baginda sejak beliau masih kecil, bekerja sebagai pengembala kambing di usia muda menunjukkan bahawasanya Baginda amat ‘matang’ dengan mumarasah kehidupan insan biasa. Jadi tidak hairanlah Allah memberikan mandat kepada Baginda sebagai Nabi Khatimul Anbiya’ (penutup segala nabi).

Hasil usaha penat lelah yang telah dilakukan oleh Baginda dalam menyebarkan dan menerangkan ke seantero dunia apakah itu ISLAM, Alhamdulillah… pada hari ini kita dapat menikmati ‘enak’nya dan ’nikmat’nya bergelar SEBAGAI SEORANG MUSLIM. Namun persoalan besar pada hari ini ialah sejauh mana usaha kita dalam menyahut seruan Baginda Nabi Muhammad SAW? dan sejauh mana usaha kita dalam memartabatka syiar Islam dalam kehidupan seharian kita. Adakah cukup hanya sekadar bangun pagi, pergi kerja hingga ke petang dan menikmati malam dan begitulah seterusnya kehidupan kita?

Cuba Tanya diri kita dimana kita letakkan cinta kita pada ALLAH SWT dan pada Rasulullah SAW dalam kalendar harian kita.  Kita perlu sedari sebagai seorang Muslim, peranan kita dalam keluarga, masyarakat, mahupun di tempat kerja. Adakah kita telah menerapkan nilai-nilai murni yang Allah dan RasuluNYA anjurkan?


Cukupkah dengan berarak dibawah panas terik menjunjung sepanduk pada hari menyambut Maulid sudah memadai untuk menunjukkan tanda cinta kita pada Baginda? Cukupkah laungan marhaban dan berzanji mendakan kita kasih pada Baginda? Tepuk dada tanyalah iman kita masing-masing. Rasulullah pernah berkata : “ Tidaklah beriman seseorang itu sehingga dia lebih  mencintanya Allah dan Rasulnya melebihi segala-galanya.”  (muttafaqun ‘alaih). Bermulalah menanamkan ‘benih’ sunnah dalam setiap dalam mumarasah kehidupan agar jaminan selamat dunia akhirat bakal kita miliki. Amen..


                       



08 February 2011

Orientasi Pelajar Baru SMU Kunak Sesi 2011 (ORPEBA ‘11)


SMU KUNAK- pada 14-16 januari yang lalu, pihak pentadbiran SMU di bawah kelolaan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Kepimpinan Pelajar SMU 2011 yang diketuai oleh Ishak Tahil (Pengerusi) dan Nur Istiqaamah Sadik (Timb. Pengerusi) telah mengadakan Orientasi Pelajar Baru bagi Sesi 2011 atau lebih dikenali sebagai ORPEBA ’11. Sepertimana yang dimaklumi program ini adalah merupakan program wajib dalam Takwim SMU Kunak yang mana program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar baru khususnya pelajar Ting. 1 alam persekolahan diperingkat menengah. Adapun diantara objektif program pada kali ini ialah :

  • Melahirkan pelajar yang seimbang rohani dan jasmani.
  • Memupuk dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga sekolah
  • Memupuk sikap bekerjasama di kalangan peserta di samping menyemai semangat berani, tabah, berketerampilan dan berkeyakinan diri.
Para peserta putera khusyuk mendengar taklimat daripada urusetia program

Menurut pengarah program ORPEBA ’11 (Cikgu Nazlee AKhlee), orientasi pada kali ini membawa kelainan iaitu bertemakan “Sinar Ilmu Serlah Keperibadian Agung” yang mana pengisian lebih menekankan aspek peri-pentingnya ilmu  dalam setiap mumarasah kehidupan agar matlamat melahirkan syabab cemerlang dunia akhirat tercapai. Jumlah peserta pada tahun ini seramai 53 orang (27 Lelaki/ 26 Perempuan).  Diantara aktiviti orientasi yang dijalankan ialah LDK, X-Plorace , Malam Kesenian Islam dan Sukaneka. Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan pelajar SMU Kunak sesi 2011 diatas kesungguhan membantu melancarkan lagi program ORPEBA ’11 pada kali ini.
Berikut adalah galeri ORPEBA ’11 :

Wajah-wajah ceria pelajar puteri Ting.1 sesi 2011

Antara LDK luar dewan kuliah yang dijalankan

Para peserta 

Antara ktiviti dalam kumpulan yang memerlukan kerjasama dan idea yang bernas

"walau apapun terjadi kita tetap bersatu, hidup SMAN!!" antara laungan semangat peserta program.

Antara gelagat peserta semasa program dijalankan

"Ukhwah di atas talam-biarkan sedikit yang penting semua rasa" mendidik peserta sifat mensyukuri atas setiap nikmat yang ALLAH anugerahkan.

"kecil-kecil cili padi" Diantara Persembahan pada Malam Kesenian Islam

Kembara Malam - antara aktiviti mencabar yang dilalui oleh para peserta

"guna mata hati anda!!" antara arahan daripada urusetia pada para peserta

X-plorace yang mencabar di "Hutan Simpan SMAN" 

Wajah-wajah bersemangat generasi SMAN Kunak sesi 2011

"kembali kepada fitrah" suasana pada malam Muhasabah Nafsi.



03 February 2011

Pendaftaran Ting. 1 Sesi 2011/1432H


Alhamdulillah… pada 3,4 dan 5 Januari yang lepas, SMU Pekan Kunak Sabah telah menerima kehadiran pelajar baru Ting. 1 bagi sesi 2011. Sepertimana yang telah dimaklumkan, jumlah pelajar yang telah mendaftar sehingga pada hari terakhir pendaftaran (5 Januari) ialah seramai 45 orang. Sebahagian besar pelajar yang mendaftar pada tahun ini adalah daripada kawasan Pantai Timur Sabah iaitu meliputi daerah Kunak, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan Kinabatangan. Manakala hanya seorang sahaja pelajar yang berasal dari Pantai Barat Sabah iaitu daripada Kota Kinabalu.
Pemilihan atau prasayarat bagi first intake pada tahun ini ialah para pelajar sekurang-kurangnya mendapat Mumtaz, Jayyid Jiddan ataupun Jayyid dalam peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) bagi melayakkan mereka untuk memasuki Sekolah Menengah Ugama Negeri (SMU) dibawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Dan sepertimana yang diketahui umum, SMUI Kunak adalah merupakan satu-satunya sekolah agama dibawah kelolaan JHEAINS yang terletak di Pantai Timur Sabah.
Penulis sempat bertanya kepada salah seorang bapa yang mengiringi anaknya  ketika sesi pendaftaran dijalankan mengenai “Mengapa memilih sekolah agama??” Beliau menjawab “ bukan apa ustaz, kalau kita tengok sekarang ni, anak-anak remaja tidak macam dulu lagi. Banyak telah rosak akhlak mahupun nilai dalam diri dan malunya sudah tiada, jadi sekurang-kurangnya kalo budak-budak ni sekolah agama tau jugalah serba sedikit agama. Kalau nakal sekalipun, solatnya tidak juga pernah tinggal.” Penulis berpendapat ada benarnya apa yang diluahkan oleh ‘bapa’ tersebut.
Berikut adalah sebahagian reaksi ketika proses pendaftaran pelajar baru berjalan bertempat di Pusat Sumber SMUI Kunak.

Sekitar sesi pendaftaran pelajar baru sesi 2011

Pelajar baru bersama ibu bapa masing-masing sedang menunggu giliran

Senyum memang sedekah-penyambut tetamu sesi pendaftaran
Guru-guru sibuk mengurus kemasukan pelajar baru

BLOG SMU Pekan Kunak Sabah Berwajah Baru..





بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Sang Pencipta diatas kudrat yang telah diberikan kepada kita untuk bertemu tahun 2011 ini. serta selawat dan salam kita panjatkan keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana dengan usaha gigih baginda menyebarkan Islam sehingga kita dapat menikmati nikmatnya iman dan islam pada hari ini. Bak kata orang putih “Islam the way of life” . Mudah-mudahan lembaran jadual kita pada tahun ini lebih baik dan lebih selaras dengan tuntutan Islam.

Berkat nikmat yang Allah karuniakan, akhirnya penulis dapat menyiapkan laman sesawang atau ringkasannya Blog Sekolah Menengah Ugama Negeri (SMU) yang dahulunya lebih dikenal dengan Sekolah Menengah Ugama Islam Kunak (SMUIK) ini dengan jayanya walaupun terdapat beberapa kekurangan dan insya Allah akan dipertingkatkan pada lembaran yang seterusnya. Pada asalnya SMUIK telah pun memiliki blog tersendiri sebelum ini, namun telah berlaku beberapa masalah yang seterusnya membawa kepada cadangan agar SMU memiliki website yang terbaru bagi memuatkan news ataupun peristiwa SMU selaras dengan permulaan kalendar  persekolahan pada sesi 2011.

Segala cadangan ataupun saranan serta komen untuk mempertingkatkan lagi kualiti blog ini adalah amat-amat dialukan khususnya dari warga SMU @ SMUIK mahupun Alumni SMU serta pelawat yang sudi memberikan makulum balas. Mudah-mudahan usaha yang kecil ini dipermudahkanNYA dalam memartabatkan wadi yang akan melahirkan "doktor-doktor masyarakat"  @ PROtaz (professional ustarz) pewaris Islamic Generation.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jumlah pengunjung