02 April 2011

DIPLOMA TAHFIZ 2011-2014 DARUL QURAN


* Untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.darulquran.gov.my/

29 March 2011

SMU Kunak Juara Keseluruhan MTQ Sekolah Kementerian Peringkat Daerah Kunak.


        Pada 26 Mac yang lalu, Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Peringkat Daerah Kunak telah diadakan di SMK Jaya Baru Kunak, dan pada tahun ini juga setelah 3 tahun SMU Kunak ‘bersara’ daripada mengikuti MTQ ini, sekali lagi pada tahun ini SMU Kunak telah menggondol Juara keseluruhan Kategori Sekolah Menengah. Kemenangan dalam 3 acara iaitu ; Tilawah Menengah Lelaki, Hafazan Menengah Perempuan dan Marhaban membawa SMU Kunak mengungguli bagi kategori sekolah menengah dan seterusnya melayakkan diri ke peringkat Zon Tenggara Negeri Sabah pada 9 April ini. Walaupun pencapaian pada kali ini kurang memberansangkan, pihak sekolah merakamkan sekalung penghargaan kepada para peserta yang telah berusaha sedaya upaya menyertai MTQ pada tahun ini.


Yusri Bezanji - johan Tilawah Lelaki



Berikut adalah keputusan penuh MTQ 2011 (Peserta SMU Kunak) :



KATEGORI
NAMA PESERTA
(LELAKI)
NAMA PESERTA
(WANITA)

TILAWAH
1. Mohd. Yusri Berzanji
(JOHAN)
1. Nazratunnajwa Bambang

(NAIB JOHAN)

HAFAZAN
1. Muhd Nubhan Bambang
(NAIB JOHAN)
1. Aina Nurfarzana Farahin
(JOHAN)

SYARAHAN (B.M)
1. Mohd Ramdan Radin 
(SAGUHATI)
1. Nurul Hidayat Moksin
(SAGUHATI)



MARHABAN
(Kumpulan Sout Al-Syabab)
1.       Mujahid Mulkan (Ketua)
2.       Suwardi Ramli
3.       Muhd Nur Rahim Masri
4.       Mohd Asyraf Pilda
5.       Muhammad Izzaan Islam Kemley             (JOHAN)
6.       Iwan Syukriansyah Ismail
7.       Mohd Ishak Tahil
8.       Mohd Iqbal Idrohom
9.       Muhammad Nizamuddin Sakaria


NASYID
(Kumpulan Al-Furqon)
1.       Mohd. Qom Faanzir (Ketua)
2.       Mohd Zaki Nordin
3.       Mohd Nur Ikhwan Ramlan
4.       Mashaizal Guding                                 (SAGUHATI)
5.       Syed Farmizi Abdul Razak
6.       Mohd Amiruddin Arabahasa
7.       Mohd Safuan Mohammad
8.       Mohd Azrizan Husin


Pihak sekolah berharap para pelajar mampu mengembalikan kegemilangan SMU Kunak dalam MTQ pada masa akan datang. InsyaAllah...


* Galeri MTQ sila klik (disini)

23 March 2011

Keputusan Peperiksaan SPM 2010 Lulus 100%. Tahniah!


         Pihak Sekolah merakamkan tahniah dan syabas kepada pelajar dan guru-guru diatas pencapaian Lulus 100% Peperiksaan SPM 2010 yang lalu, dan kepada pelajar yang memperolehi keputusan yang memberangsangkan, pihak sekolah mengucapkan tahniah dan kepada pelajar yang memperolehi keputusan yang kurang memberansangkan, jangan berputus asa, teruskan usaha anda di masa yang mendatang, kerana kegagalan pada hari ini bukan bermakna gagal selamanya.

           Jadual di bawah adalah keputusan penuh peperiksaan SPM 2010 :

* Untuk paparan yang lebih jelas sila klik pada jadual dibawah.


TAHNIAH!! Kontinjen SMU Kunak!!

Kontinjen Aspura
Pada 6-9 Mac yang lalu, JHEAINS telah mengadakan Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama (MSSMA ‘11) JHEAINS Kali Ke-7 Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di SMU Papar yang terletak di Pantai Manis Papar, Sabah. Sehubungan dengan itu, SMU Kunak telah mengantar seramai 40 peserta (21 Aspura dan 19 Aspuri) diiringi 4 orang guru pengiring. Dengan tema “Fzikal Cergas Minda Cergas”, kejohanan sukan yang berkampung di SMU Papar pada tahun ini menghimpunkan 5 buah sekolah SMU JHEAINS iaitu SMU Kunak, SMU Papar, SMU Toh Puan Hajah Rahmah, SMU Tambunan dan SMU Beufort.

Kontinjen Aspuri
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tingi penghargaan kepada Ketua Pengurus kontinjen sekolah iaitu Cikgu Nazlee Akhlee dan atlit-atlit aspura aspuri diatas kesungguhan dalam menyahut cabaran kejohanan sukan pada tahun ini. SMU Kunak pada tahun ini telah meraih 4 pingat Emas, 13 pingat Perak dan 9 pingat Gangsa, dan merupakan pencapaian tertinggi berbanding tahun yang sebelumnya. Walaupun sekadar meraih tempat ke-4 secara keseluruhannya, pihak sekolah tetap berbangga dengan pencapaian atlit SMU Kunak yang telah menunjukkan akhlak yang baik sehingga telah dianugerahkan ‘atlit Islamic’ oleh al-fadhil Ustaz Hamdani Omar (Pengarah MSSSUNS ’11 merangkap Pengetua SMU Papar) pada majlis penyampaian hadiah dan penutupan.
Pasukan Bola Tampar Lelaki A -Smu Kunak vs Smu Tambunan

Lontar Peluru Lelaki A sekadar meraih pingat perak.

Johan keseluruhan pada tahun ini diraih oelh SMU Papar diikuti oleh SMU Toh Puan Hajah Rahmah, dan SMU Tambunan. Manakala SMU Beufort sekadar meraih tempat ke-5. Sukan yang dipertandingkan pada kejohanan ini pada keseluruhannya sebanyak 58 acara anataranya ialah sukan dalam acara balapan, bola sepak, futsal, bola tampar, bola jaring, badminton, pingpong. Diharap kejohanan ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan warga SMU JHEAINS dalam rangka melahirkan pelajar yang Taqwanya didahulukan, ilmunya diutamakan dan riadhahnya tidak disisihkan.

Koleksi Gambar Kejohanan Sukan Klik (Galeri Kejohanan Sukan)

21 March 2011

'Ibrah Daripada Tsunami yang membadai Jepun dan Acheh...





’’ Katakanlah: Dialah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas sebahagian yang lain.Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya”. (Surah Al An’aam: 65).


Ketika Acheh dilanda gempa bumi dan tsunami pada akhir Disember 2004, ribuan mangsa terkorban. Kita dapat melihat sendiri kerosakan dan kemusnahan yang sangat dashyat. Siapa yang tidak terketar melihat alunan ombak yang indah pada pandangan mata tetapi mampu berubah menjadi “ganas” membadai bumi. Di Acheh, Allah SWT memperlihatkan sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran-NYA. Acheh digelar serambi Mekah, majoriti penduduknya adalah Islam dan berusaha melaksanakan undang-undang syariah di negeri mereka. Sebelum tsunami, umat Islam di sana bergolak dan berhadapan dengan palbagai ancaman dan permasalahan. Tsunami telah merubah mereka, bukan sekadar landskap geografi negeri mereka, tetapi turut memberi impak perubahan kepada landskap politik, keimanan dan kehidupan mereka. Tsunami telah mengajar mereka erti dan hakikat kehidupan! Memahamkan mereka makna kesatuan umat dan kebesaran Tuhan! Mengajar mereka kepada siapa manusia patut berharap dan berserah diri? Dan pengajaran besarnya, Allah SWT memperingatkan manusia bahawa Dia-lah pemilik alam ini dan seluruhnya. Bukan sekadar mereka yang di Acheh sahaja yang boleh mengambil ibrah, tetapi kita juga yang di sini.



Tsunami Membadai Jepun


Terkini, Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami, ribuan juga dijangkakan terkorban. Takziah buat masyarakat Jepun. Jepun adalah ikon Negara paling maju, memiliki sistem pertahanan dan teknologi yang jauh ke hadapan berbanding Acheh. Mereka memiliki kepakaran dan perancangan untuk berhadapan dengan sebarang kejadian alam seperti gempa bumi dan tsunami. Jepun telah lebih awal melakukan persiapan berbanding Acheh dalam berhadapan dengan gempa bumi dan tsunami, sehingga jumlah yang terkorban lebih sedikit dibandingkan Acheh. Di Acheh mencapai angka 120 ribu nyawa terkorban akibat tsunami, di Jepun dijangka 10 ribu yang terkorban pada saat ini. Sedangkan kerosakan fizikal yang berlaku di Jepun lebih teruk berbanding Acheh. Hal ini disebabkan kerana Jepun memiliki sistem amaran awal gempa dan alat pengesan gempa dan tsunami yang berfungsi dengan baik. Ianya berjaya mengelakan lebih ramai rakyat Jepun terkorban akibat tsunami. Tetapi kecepatan pergerakan manusia masih kalah berbanding dengan kecepatan air bah yang dihasilkan oleh tsunami. Sehingga kematian tetap berlaku. Saat ini Jepun masih “dikejutkan” dengan ujian tsunami. Hampir 2 juta kehilangan tempat tinggal, entah berapa billion kerugian yang mereka hadapi. 1 juta mangsa menghadapi krisis air bersih.Tsunami Jepun juga dilaporkan mampu mencetuskan tsunami ekonomi dunia. Tsunami pada kali ini berbeza daripada tsunami di Acheh. Kesan tsunami Jepun turut akan melanda Negara-negara lain melalui tsunami ekonomi.


Islam di Jepun


Masjid Kobe Jepun, di bina pada tahun 1090 
Acheh dan Jepun, 2 buah Negara yang berbeza iklim politik, agama, kekayaan, budaya, ekonomi dan kefahaman mereka tentang kehidupan. Jepun telah dikenali sebagai sebuah Negara paling maju dan kuasa besar dalam ekonomi. Jepun berusaha mengekalkan ‘kejepunan’ (japaneseness) mereka dalam proses membina kemajuan. Nilai-nilai masyarakat Jepun yang baik cuba dikekalkan. Banyak nilai-nilai mulia dan tinggi dalam masyarakat Jepun. ‘Japanese values’ ini sebahagian besarnya seiras dengan tuntutan Islam. Masyarakat Jepun terkenal dengan nilai-nilai mulia seperti bersih, menepati waktu, santun, kuat bekerja dan hubungan kekeluargaan. Sebenarnya, nilai-nilai mulia ini adalah nilai yang dipegang oleh masyarakat Jepun sebagai adat dan budaya. Ia bukan kerana asas agama. Masyarakat Jepun mempunyai pelbagai agama. Bahkan agama tidak mempunyai peranan besar dalam kehidupan mereka. Dalam sebahagian kajian menunjukkan kebanyakan masyarakat Jepun tidak berpegang kepada apa-apa agama. Nilai-nilai agama juga tidak ditonjolkan di khalayak awam. Sementara nilai-nilai mulia bangsa itu dipatuhi dan diwarisi dari generasi ke generasi.

Jika budaya dan adat yang tidak menjanjikan syurga dan neraka, tidak berpaksikan konsep ketuhanan atau tauhid mampu membentuk kualiti masyarakat Jepun, bagaimana dengan kita umat Islam, jika agama yang kita anuti gagal berperanan dalam membangunkan kualiti masyarakat kita. Sepatutnya Islam yang bersumberkan wahyu, arahan dari Allah patut memberi lebih impak dalam masyarakat kita melebihi masyarakat Jepun.

Islam di Jepun masih baru. Menurut Professor Kosugi Yasushi, pengarah Center for Islamic Area Studies, muslim pertama di Jepun adalah pada tahun 1891. Orang Jepun pertama pergi haji pada tahun 1909. Masjid pertama di Jepun ialah di Kobe, pada tahun 1934. Kemudian Masjid Tokyo pada tahun 1938. Ertinya, Islam masih baru di Jepun. Hanya sekitar 100 tahun. Ada beberapa krisis Dunia yang menyebabkan timbul minat masyarakat Jepun ingin mengenali Islam, antaranya krisis minyak pada tahun 1973, Revolusi Iran 1979 dan tragedi 11 September 2001. Hari ini dianggarkan 10,000 rakyat Jepun yang menganut Islam. Perkahwinan dengan muslim salah satu faktor kemasukan rakyat Jepun ke dalam Islam.

Bangsa Jepun adalah bangsa yang maju. Penulis yakin mereka akan cepat belajar daripada kejadian Tsunami yang paling dashyat melanda mereka pada kali ini. Mereka akan berusaha mempertingkatkan lagi kecanggihan teknologi mereka untuk berhadapan dengan bencana mendatang. Persoalannya apakah cukup sekadar bergantung kepada ketinggian intelektual dan kecanggihan teknologi? Firman Allah SWT:

” Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu;dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi;dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri”. (Al-'Ankabut:4).

Kejadian tsunami di Jepun memberi peluang kepada umat Islam dari seluruh dunia, khsuusnya NGO Islam dan pertubuhan kebajikan Islam unttk turun padang memberi khidmat dan bakti kepada mangsa tsunami di Jepun. Sebagaimana missionari Barat berbondong-bondong memasuki Acheh saat di landa tsunami. IHH, sebuah badan kebajikan dan kemasyarakatan Islam yang bertaraf antarabangsa dari Turki telah pun menghantar pasukan pertama mereka ke Jepun, NGO Islam dari Malaysia bila lagi? Benar Jepun negara maju dan mereka tidak perlu bantuan luar. Yakinlah dakwah tidak akan bergerak ke mana sekiranya alasan demi alasan kita longgokkan di hadapan kita untuk tidak ke sana. Peluang ini hanya datang sekali, semoga banyak lagi NGO Islam dan pertubuhan Islam mengikuti jejak langkah pertubuhan IHH. Dengan hadirnya kita di sana akan mendekatkan lagi peribadi, sahsiah dan keindahan Islam kepada mereka. Inilah masanya mereka melihat bahawa Islam adalah merentasi sempadan dan Islam mengambil berat permasalahan mereka.

Belajar Dari Tsunami

Kesan Tsunami di Acheh pada tahun 2004 yang lalu

Sebagai muslim, setiap kejadian musibah pasti ada hikmah dan pengajarannya. Wujud pandangan yang menyatakan gempa bumi dan tsunami adalah perancangan Allah untuk menyucikan dosa umat manusia. Namun, sejauh manakah kita mampu akur dengan kenyataan ini, jika masing-masing masih mempertikaikannya. Jika benar musabab ini yang sedang ditunjukkan Allah, maka sewajarnya semua pihak bermuhasabah diri, terutama terhadap tanggungjawab dan amanah kepada-Nya.

Sesungguhnya, Allah mampu menurunkan ujian yang lebih perit dan hebat daripada apa yang kita dapat pada hari ini. Bahkan Allah SWT mampu turunkan bala dan ujian samada di Negara miskin mahupun di Negara termaju. Samada di Indonesia, Jepun, Amerika, Sudan, Palestin, Mesir, mahupun Malaysia.

Dalam Al-Quran Surat 11 (Huud) ayat 3 dan 11, Allah SWT berfirman yang ertinya:

“dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat.” (Huud ayat 3)

“kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal soleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.” (Huud ayat 11)


Allah SWT berfirman:

"Dan biasanya kami tidak menurunkan tanda-tanda itu melainkan untuk menjadi amaran" (Al Israa: 59).


Maknanya, Allah SWT menimbulkan rasa takut dalam jiwa hamba-hamba-Nya dengan tanda-tanda yang agung itu. Berkata Qatadah rahimahullah:

"Sesungguhnya AllahSWT menakutkan manusia dengan tanda-tanda kekuasaan yang Dia hendaki, agar mereka mengambil pengajaran, ingat bahawa mereka akan kembali kepada Allah SWT".

Maka sebagai seorang mukmin itu, perlulah kita bina rasa takut kepada azab Allah SWT, merenung dan mengambil pengajaran dari setiap ujian yang diturunkan-Nya kepada kita. Wallahu’alam.


26 February 2011

Atlit SMU Kunak giat menjalani latihan intensif



SMU KUNAK – Sukan Peringkat Negeri Sekolah-Sekolah JHEAINS yang akan diadakan di SMU Pekan PAPAR, Sabah pada 6-9 mac 2011 mendorong atlit-atlit putera dan puteri SMU Kunak giat menjalani latihan intensif yang dikelola oleh Cikgu Nazlee Akhlee dan Cikgu Suzianah Bakri. Pihak pentadbiran sekolah mendoakan atlit SMU Kunak yang bakal berentap nanti akan membawa pulang pingat kemenangan. Apa yang penting pada kejohanan yang akan berlangsung ini, pihak sekolah berharap para pelajar yang mewakili sekolah dapat menimba sebanyak mungkin pengalaman yang tidak akan diperolehi di dalam kelas, serta dapat mengeratkan ‘ukhwah islamiyyah’ dikalangan warga SMU di Negeri Sabah. Mudah-mudahan perumpaan “العقل السليم في الجسم السليم” mampu  dijelmakan dalam diri pelajar untuk meraih kecemerlangan dunia dan akhirat, insyaAllah…


Putera SMU - tidak kira panas terik..


Add caption



Puteri SMU - giat menjalani latihan intensif


AJK giat menyiapkan trek perlumbaan demi keselesaan para atlit  - syabas!

20 February 2011

SMU Pekan Kunak Johan Pertandingan Sepanduk & Kompang Sempena Maulid Rasulullah SAW Peringkat Daerah Kunak 2011


           Pada 15 Februari yang lalu, bersempena Sambutan Maulid Rasulullah SAW, Majlis Daerah Kunak dengan kerjasama JHEAINS telah mengadakan Sambutan Maulidurrasul peringkat Daerah Kunak. Diantara pengisian pada majlis tersebut ialah Pertandingan Sepanduk dan Pertandingan Nasyid, Marhaban dan Kompang.

            SMU Kunak telah menjadi menjadi johan pertandingan sepanduk bagi kategori Sekolah Menengah untuk kali yang ke-10 sejak SMU Kunak mula menyertai pertandingan ini pada tahun 2000. Pihak Sekolah merakamkan ucapan tahniah khususnya kepada al-Fadhil Ustaz Salim di atas kesungguhan menyelia program ini dan buat para pelajar yang terlibat di dalam pertandingan ini.

Kontinjen SMU Kunak mengambil tempat

Penuh bersemangat

Design Sepanduk SMU yang menjadi Johan Kategori Sekolah Menengah

Telah menjadi tradisi berarak + berkompang + berselawat...

Hujan Panas tetap diharungi...

senyuman kemenangan...

            Manakala bagi pertandingan kompang pula, SMU Kunak telah menghantar 2 kumpulan pada kali ini, iaitu kumpulan al-Mujahidin dan kumpulan al-Faruq.  Namun Johan telah dirangkul oleh Kumpulan Al-Faruq buat kali ke-3 berturut-turut dan akan mewakili daerah Kunak ke peringkat Bahagian Lahad Datu pada bulan Mac. Manakala Kump. Al-Mujahidin di tempat ke-4. Pihak sekolah merakamkan sekalung penghargaan di atas kesungguhan para pelajar yang telah terlibat dalam pertandingan tersebut.


Keceriaan terpancar sejurus diumumkan johan pertandingan kompang peringkat daerah kunak


Kumpulan Al-Faruq sedang membuat persembahan


Aksi kumpulan Al-Mujahidin, walaupun hanya sekadar meraih tempat ke-4 namun semangat  tidak pernah luntur

Ketua Kumpulan Al-Faruq -Hisyam- bersama trofi kemenangan- Tahniah!!


tidak sabar menunggu keputusan pertandingan
Ahli Kumpulan Al-Mujahidin
Ahli Kumpulan Al-Faruq

Walau mata mengantuk tetap setia untuk memeberikan sokongan kepada wakil SMU Kunak




Behind the Scene - orang kuat disebalik kejayaan kumpulan kompang SMU Pekan Kunak (Baju hitam- Abang Long & berkopiah - Firman & Cikgu Nazlee - tiada dalam gambar )





15 February 2011

Selamat Menyambut Maulid Rasulullah SAW buat semua warga SMU Kunak.

       12 Rabiul Awal adalah merupakan tarikh keramat yang seharusnya sebagai umat Islam mengetahui apakah yang telah berlaku pada hari tersebut. pada hari tersebut adalah merupakan tarikh kelahiran insan agung yang telah membawa ‘nur’ dari Timur ke Barat sehinggalah pada hari ini.  



Insan agung ini ialah baginda Nabi Muhammad SAW. Pada tahun ini 12 Rabiul Awal jatuh pada hari Selasa bersamaan 15 Februari 2011, dan bersempena menyambut kelahiran Baginda, Malaysia mengumumkan sebagai  hari cuti. Jika kita telusuri detik-detik kelahiran Nabi kita Muhammad SAW di dalam suasana masyarakat Arab pada ketika itu hidup dalam keadaan Jahiliyyah dan sangat jauh jauh dari rahmat Allah SWT.

Kehidupan Baginda sejak dari kecil lagi memberikan gambaran bahawasanya Rasulullah SAW tidak lahir dalam keadaan yang senang lenang. Dengan kematian Ibu dan bapa Baginda sejak beliau masih kecil, bekerja sebagai pengembala kambing di usia muda menunjukkan bahawasanya Baginda amat ‘matang’ dengan mumarasah kehidupan insan biasa. Jadi tidak hairanlah Allah memberikan mandat kepada Baginda sebagai Nabi Khatimul Anbiya’ (penutup segala nabi).

Hasil usaha penat lelah yang telah dilakukan oleh Baginda dalam menyebarkan dan menerangkan ke seantero dunia apakah itu ISLAM, Alhamdulillah… pada hari ini kita dapat menikmati ‘enak’nya dan ’nikmat’nya bergelar SEBAGAI SEORANG MUSLIM. Namun persoalan besar pada hari ini ialah sejauh mana usaha kita dalam menyahut seruan Baginda Nabi Muhammad SAW? dan sejauh mana usaha kita dalam memartabatka syiar Islam dalam kehidupan seharian kita. Adakah cukup hanya sekadar bangun pagi, pergi kerja hingga ke petang dan menikmati malam dan begitulah seterusnya kehidupan kita?

Cuba Tanya diri kita dimana kita letakkan cinta kita pada ALLAH SWT dan pada Rasulullah SAW dalam kalendar harian kita.  Kita perlu sedari sebagai seorang Muslim, peranan kita dalam keluarga, masyarakat, mahupun di tempat kerja. Adakah kita telah menerapkan nilai-nilai murni yang Allah dan RasuluNYA anjurkan?


Cukupkah dengan berarak dibawah panas terik menjunjung sepanduk pada hari menyambut Maulid sudah memadai untuk menunjukkan tanda cinta kita pada Baginda? Cukupkah laungan marhaban dan berzanji mendakan kita kasih pada Baginda? Tepuk dada tanyalah iman kita masing-masing. Rasulullah pernah berkata : “ Tidaklah beriman seseorang itu sehingga dia lebih  mencintanya Allah dan Rasulnya melebihi segala-galanya.”  (muttafaqun ‘alaih). Bermulalah menanamkan ‘benih’ sunnah dalam setiap dalam mumarasah kehidupan agar jaminan selamat dunia akhirat bakal kita miliki. Amen..


                       



08 February 2011

Orientasi Pelajar Baru SMU Kunak Sesi 2011 (ORPEBA ‘11)


SMU KUNAK- pada 14-16 januari yang lalu, pihak pentadbiran SMU di bawah kelolaan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Kepimpinan Pelajar SMU 2011 yang diketuai oleh Ishak Tahil (Pengerusi) dan Nur Istiqaamah Sadik (Timb. Pengerusi) telah mengadakan Orientasi Pelajar Baru bagi Sesi 2011 atau lebih dikenali sebagai ORPEBA ’11. Sepertimana yang dimaklumi program ini adalah merupakan program wajib dalam Takwim SMU Kunak yang mana program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar baru khususnya pelajar Ting. 1 alam persekolahan diperingkat menengah. Adapun diantara objektif program pada kali ini ialah :

  • Melahirkan pelajar yang seimbang rohani dan jasmani.
  • Memupuk dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga sekolah
  • Memupuk sikap bekerjasama di kalangan peserta di samping menyemai semangat berani, tabah, berketerampilan dan berkeyakinan diri.
Para peserta putera khusyuk mendengar taklimat daripada urusetia program

Menurut pengarah program ORPEBA ’11 (Cikgu Nazlee AKhlee), orientasi pada kali ini membawa kelainan iaitu bertemakan “Sinar Ilmu Serlah Keperibadian Agung” yang mana pengisian lebih menekankan aspek peri-pentingnya ilmu  dalam setiap mumarasah kehidupan agar matlamat melahirkan syabab cemerlang dunia akhirat tercapai. Jumlah peserta pada tahun ini seramai 53 orang (27 Lelaki/ 26 Perempuan).  Diantara aktiviti orientasi yang dijalankan ialah LDK, X-Plorace , Malam Kesenian Islam dan Sukaneka. Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan pelajar SMU Kunak sesi 2011 diatas kesungguhan membantu melancarkan lagi program ORPEBA ’11 pada kali ini.
Berikut adalah galeri ORPEBA ’11 :

Wajah-wajah ceria pelajar puteri Ting.1 sesi 2011

Antara LDK luar dewan kuliah yang dijalankan

Para peserta 

Antara ktiviti dalam kumpulan yang memerlukan kerjasama dan idea yang bernas

"walau apapun terjadi kita tetap bersatu, hidup SMAN!!" antara laungan semangat peserta program.

Antara gelagat peserta semasa program dijalankan

"Ukhwah di atas talam-biarkan sedikit yang penting semua rasa" mendidik peserta sifat mensyukuri atas setiap nikmat yang ALLAH anugerahkan.

"kecil-kecil cili padi" Diantara Persembahan pada Malam Kesenian Islam

Kembara Malam - antara aktiviti mencabar yang dilalui oleh para peserta

"guna mata hati anda!!" antara arahan daripada urusetia pada para peserta

X-plorace yang mencabar di "Hutan Simpan SMAN" 

Wajah-wajah bersemangat generasi SMAN Kunak sesi 2011

"kembali kepada fitrah" suasana pada malam Muhasabah Nafsi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jumlah pengunjung